Owner Post Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;



Atelophobia!


Assalamualaikum, selamat datang, selamat melawat dan segalanya. Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. Enjoy reading here and sorry for everything if terkeluar ayat kasar or what so ever. InshaAllah, will update this blog every week, maybe? I pour my heart and thoughts here. Thank you so much for reading!
Keep calm and love ALLAH.


Jauh

 
 
Bilamana kita rasa kita jauh dari Tuhan,
Itu bermakna kita pernah dekat denganNya.
Bukan?
Dan tiada apa yang menjauhkan kita dari Tuhan melainkan dosa dosa kezaliman kita terhadap diri sendiri.
Ketika itu,
Kaki seolah tidak gagah lagi.
Perjalanan seakan jauh.
Syurga seolah berpaling tadah.
Dan kita lemah—-
'Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; ‘
Iya.
Allah pujuk hati kita.
Allah janjikan kita dengan syurga.
Allah janjikan kita dengan darjat taqwa.
—-Meski kita sering khianati Dia dengan dosa.
Dan siapa insan bertaqwa yang Allah janjikan syurga?
'Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; ‘
ada lagi—-
'Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). ‘
Lalu Allah pujuk lagi.—-
’Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ‘
Allah gambarkan kita dengan syurga yang tak terbayang pada mata kita.
Betapa indahnya syurga.
Bukan sekadar indah.
Bahkan kita kekal didalamnya.
Masih merasa jauh?
'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. ‘
Beruzlahlah.
Dan cari,
Dimana Tuhan.
***
Sumber:
Ali Imran:133-139.